Template Chooser
Penafian
| SK Pos Gedong tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.. |
| Solar Di SK POS Gedong |
![]() Sekolah telah menerima sistem solar yang mampu menyokong 6 komputer serentak selama 6 jam sehari. Dengan kehadiran sistem sokongan tenaga yang baru ini, dapat meningkat pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam bidang ICT. Hampir setahun Schoolnet tidak berfungsi berikutan kerosakan Generator Set 50kVA. Pada awalnya, agak sukar kerana sudah lupa setting dan login passwordnya.
Senarai sokolah yang tersenarai dalam projek Solar (sumber: Schoolnet Online KTAK) ![]() Projek Rintis Solar ini adalah di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan tujuan memberi bekalan elektrik yang mencukupi untuk kegunaan 6 buah PC, sebuah pencetak, switches dan VSAT selama 8 jam. Bekalan elektrik dari solar ini yang menggantikan genset didapati lebih digemari oleh guru ICT dan pentadbir sekolah di atas 2 faktor utama. Volt bekalannya stabil dan ini dapat mengelakkan kerosakan pada peralatan elektrik dan yang kedua mereka tidak perlu menanti bekalan diesel yang sukar untuk dibawa masuk ke kawasan pedalaman seperti ini. Dengan solar, hampir tiada kerja dan kos selenggaraan yang perlu dirisaukan mereka. ![]()
Sistem Solar dibekalkan bersama 6 skrin Monitor LCD menggantikan 6 skrin Monitor CRT yang sedia ada (LCD dapat menjimatkan penggunaan elektrik). Dengan adanya sistem ini, guru dan murid dapat menikmati kemudahan internet walaupun di kawasan pedalaman.
![]()
|



