|
Written by Johari
|
|
Friday, 03 April 2009 19:57 |
|
Ujian Bulan April 2009 akan diadakan pada minggu hadapan pada 7 - 10 April 2009. Diharapkan guru mata pelajaran khususnya Guru Tahun 6 dapat menyiapkan set soalan ujian selaras dengan tahap yang diputuskan dalam mesyuarat panitia dan dihantar ke panel fotostat di Bidor selewat-lewatnya pada hari Isnin 6 Mac 2009. Kerjasama semua guru-guru didahului dengan ucapan terima kasih.
Pesanan Oleh Guru Besar.. |
|
Last Updated ( Friday, 03 April 2009 20:00 )
|
|
|
Written by Khairi
|
|
Hari Sukan 2009

Pada Sabtu lalu, 7 Mac 2009 telah berlangsung Hari Sukan 2009 SK Pos Gedong Kali ke 20. Majlis rasmi ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SK Pos Gedong, Bah Kajoh bin Pak Nam.
Selain acara balapan yang dipertandingkan, acara sukaneka turut disediakan untuk murid-murid dan ibubapa serta masyarakat Pos Gedong.
Acara balapan telah diadakan dalam tempoh seminggu lebih awal dari tarikh Hari Sukan dengan penglibatan wajib semua murid SK Pos Gedong.
Selain dari kebaikan bersukan, Hari Sukan yang diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan ibubapa serta masyarakat setempat. Kerjasama yang erat ini membolehkan program ini berjalan dengan lancar.
Berikut disertakan gambar-gambar untuk tontonan anda..
Nota: Paparan agak lambat untuk pengguna Schoolnet
Klik pada pautan dibawah untuk melihat gambar..
 
 
|
|
Klik di sini untuk melihat Gambar
|
|
Written by Khairi
|
|
Saturday, 07 February 2009 18:59 |
|
Ujian Bulanan 1 akan diadakan pada minggu hadapan pada 11-13 Februari 2009. Diharapkan guru matapelajaran dapat menyiapkan set soalan ujian selaras dengan tahap yang diputuskan dalam mesyuarat panitia dan dihantar ke panel fotostat di Bidor selewat-lewatnya pada hari selasa 10 Februari 2009. Kerjasama semua guru-guru didahului dengan ucapan terima kasih.
oleh S/U Peperiksaan : En. Chai San Fatt.
Tuisyen SBT pertama akan dimulakan pada hari selasa 10 Februari 2009. Diharap kepada semua guru sbt yang terlibat supaya membuat persiapan/persediaan bagi menghadiri kelas SBT sebelah petang. Sila rujuk Jadual Kelas Tuisyen SBT di bilik guru untuk maklumat lanjut.
oleh Penyelaras SBt : En. Ahmad Fikri bin Ahmad
|
|
Last Updated ( Saturday, 07 February 2009 19:16 )
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
|
Page 1 of 4 |